Saturday, July 11, 2015

Santai Ramadhan - Durian Merbok

Tarikh: 22 Jun 2015
Lokasi: Merbok, Kedah

Sesi santai dan acara menjamu durian bersama rakan rakan.



Ziarah Ringkas Ramadhan - Kg Paya Tok Betok, Kulim, Kedah

[22 Jun 2015] Ziarah Ramadhan - Puan Shima Ismail yang mewakili PEMBELA menyerahkan sumbangan Ramadhan untuk keluarga daif & warga emas sekitar kawasan Kg Paya Tok Betok, Kulim, Kedah.



Ziarah Ringkas Ramadhan - Taman Ria Jaya

Tarikh: 21 Jun 2015
Lokasi: Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah

Ziarah Ramadhan - Sumbangan untuk keluarga mualaf & ibu tunggal anak 6. Kawasan Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Pengagihan beras fidyah Ramadhan 1436H

Tarikh: 21 Jun 2015
Lokasi: Perkarangan SP Plaza, Sungai Petani, Kedah

Kerja kerja pengagihan beras fidyah untuk disalurkan kepada golongan yang layak dan memerlukan. Terima kasih kepada penyumbang yang memberi kepercayaan kepada PEMBELA untuk melaksanakan program agihan ini. InshaALLAH kerja kerja penyaluran akan disempurnakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Kepada yang berhajat untuk menumpang pakej sumbangan, boleh menghubungi pihak kami. Kami mengalu alukan sumbangan berbentuk barangan harian seperti gula, tepung, minyak masak dan lain lain untuk dilengkapkan bersama sama dengan pakej beras fidyah ini. Terima kasih.


 

Ekspedisi Minang - Mendaki Gunung Kerinchi, Indonesia

Tarikh: 08 April 2015
Lokasi: Sekitar kawasan Padang, Indonesia

PEMBELA bersama rakan rakan berkesempatan menjalankan satu aktiviti pengembaraan ringkas selama 9 hari di bumi Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Aktiviti merangkumi sesi lawatan ke tempat tempat bersejarah, kawasan membeli belah serta pendakian Gunung Kerichi serta Gunung Tujuh yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia.

Tahniah buat semua yang terlibat!
















Related Posts with Thumbnails